BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 28 June 2011

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Sunday, 26 June 2011

BULAN DAN BINTANG


(Kisah di bawah hanyalah imaginasi penulis semata-mata.)
Pada satu malam yang cerah dan gemilang, bulan terang menyinari bumi dan bintang bergemerlapan memancarkan kerlipannya. Namun, diatas sana, ada satu perbualan antara mereka yang tidak didengari oleh sesiapa pun.
Bintang   : Bulan, aku rasa, dalam dunia ni, kau la makhluk yang paling bertuah sekali.
Bulan    : Awat kau cakap macam tu Bintang?
Bintang : ye la, kalau kau perasan, kalau manusia nak melambangkan sesuatu yang cantik, mesti diorang gunakan kau. Contohnya “bagai bulan dipagar bintang.” Aku jadi pagar kau je Bulan.
Bulan    : Ish, kau ni Bintang. Kau pun apa la kurangnya. Setiap sesuatu yang hebat pun dilambangkan dengan kau. Orang yang hebat dalam nyanyian, orang panggil bintang nyanyian. Kalau dalam sukan, orang panggil bintang bolasepak ke, bintang badminton ke. hebat la jugak kau ni.
Bintang : Betul jugak. Tapi ada yang salahgunakan aku jugak bulan. Cuba kau tengok dulu, komunis yang ganas tu gunakan aku sebagai lambang diorang. Diorang pakai tiga bintang atas topi. Sekarang pun, Israel yang suka buat kerosakan tu pun, letak bintang atas bendera diorang. Aku pun dah rasa bersalah kat penduduk Palestin. Padahal, aku hanya dipergunakan je.
Bulan    : Aku pun sama jugak la bintang. Ramai jugak anak-anak muda bercintan-cintun ni, waktu malam je, masa berdating, mesti cakap, “Bulan menjadi saksi cinta kita.” Aku pun tak tau bila aku jadi saksi. Kadang-kadang tu, aku lalu je situ. Kebetulan pulak masa tu diorang berdating. Bukan aku nak jadi saksi pun. diorang yang nampak aku terus suruh aku jadi saksi. Kau bayangkan la bintang, berapa ramai anak luar iktiraf yang lahir sebab aku dipaksa jadi saksi cinta haram mak ayah diorang?
Bintang : Cerita kau ni memang sedih Bulan. Tak sangka aku diorang sanggup buat kau macam tu.
Sedang asyik mereka berbual, tiba-tiba, datang kepulan awan menyertai mereka.
Awan    : Assalamualaikum sahabat, kebetulan angin tiup saya kesini. Nak join boleh? Apa yang kalian sembang-sembangkan?
Bulan    : Oh, Encik Awan. Kami tengah sembang-sembang pasal macam-mana manusia gunakan kami. Ada yang guna sebagai perumpamaan yang hebat-hebat, ada yang gunakan untuk kejahatan dan kemaksiatan. Sekarang baru nak masuk topik kegunaan kami kepada manusia sejagat la ni. Kebetulan Encik Awan masuk, boleh lajoin sekali.
Awan    : Betul tu, kita memang dicipta untuk berbakti kepada manusia. Kalau ada manusia yang guna kita untuk kebaikan, memang rasa seronok. Tapi masalahnya, ada yang guna untuk benda-benda yang tak baik. Masa tu, kita pun tak rela nak berbakti kat diorang. Macam kawan saya si Matahari tu. Sampai sekarang masih ada segelintir manusia yang jadikan dia sebagai sembahan. Dia pun tak boleh nak buat apa-apa. Dia keluar sebab nak bagi tenaga untuk semua manusia dan tumbuhan untuk proses fotosintesis. Bak kata orang Korea, eojol su eopshi la.
Bintang : Wah, pandai Encik Awan ni berbahasa Korea. Encik Awan ni memang antara tulang belakang dalam menyuburkan bumi selain Encik Matahari. Kalau tak de Encik Awan, kering kontang la bumi nanti. Tumbuhan tak dapat hidup subur. Tiada la kehijauan bumi yang kita lihat saban hari, Bulan.
Awan    : Ke situ pulak Bintang ni. Bintang dengan Bulan pun berguna juga untuk manusia. Bintang la yang menjadi petunjuk arah orang-orang yang mengembara dulu sebelum adanya kompas. Bayangkan la dah berapa ramai ilmuwan dan cendekiawan dahulu kala yang mengembara untuk mencari ilmu, gunakan Bintang sebagai pemandu arah. Betapa besarnya jasa bintang. Dan kalau takde Bulan pulak, tiada la bulan Islam. Macam mana umat islam nak berpuasa, raya, haji dan sebagainya? Dan jangan tak tau, Bulan juga penting dalam proses pasang surut air.
Bulan    : Encik Awan ni memang intelek cara percakapannya. Kalau kita berbalik pada sirah pun, banyak juga peranan kita yang boleh kita ceritakan kat sini. Contohnya dalam satu ayat dalam surah Yusuf, dimana Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepada baginda. Awan pun pernah memayungi Rasulullah sewaktu perjalanan baginda ke Syam mengikuti ayah saudara Baginda, Abu Thalib sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.
Awan    : Jangan lupa, peristiwa bulan terbelah dua pun merupakan mukjizat Rasulullah juga, dan “An-Najm”, yang bermaksud “bintang” dan “Al-Burj” yang bermaksud “gugusan bintang” merupakan antara surah-surah dalam mukjizat Rasulullah paling agung iaitu Al-Quran.
Bintang : Wah, memang sangat besar peranan kita untuk manusia. Dalam sejarah pun banyak rupanya cerita tentang kita.
Bulan    : Betul tu Bintang. Jadi, apa kesimpulan dari perbualan kita yang boleh Encik Awan sampaikan kepada kami?
Awan.   : Hmmmm. Bagi saya, setiap apa yang Allah jadikan kat dunia ni, tidak sia-sia dan ada peranannya. Cumanya, jangan disalahgunakan je la. Saya sedih jugak bila melihat manusia-manusia yang tak sedar peri-pentingnya mereka wujud di atas muka bumi ni sampai ada yang taknak bagi sumbangan langsung kepada masyarakat dan dunia sejagat.
Bintang : Betul tu. Ramai jugak manusia yang buat benda untuk diri sendiri je, padahal, diorang dicipta untuk berbakti pada seluruh alam ni. Diorang kan khalifah kita. Akibat tak berlaku adil pada kita la, bumi pun dah start protes dah. Kejap-kejap nak bergegar je.
Bulan    : Kesian bumi, dia la yang paling teruk dianiaya akibat perbuatan pentingkan diri sendiri manusia-manusia ni.
Awan    : Bukan semua manusia macam tu. Harapnya, satu hari nanti akan ramai la manusia yang sedar akan tanggungjawab mereka memakmurkan alam ini, insyaAllah.
Bulan    : nampak macam dah nak Subuh ni Encik Awan. Kami kena balik dulu la.
Awan    : Haah la. Ok la kalau macam tu. Tapi sebelum tu, Saya ada teka-teki untuk anda berdua.
Bintang : Hah, apa dia?
Awan    : Bulan dan Bintang, mana satu ayah, mana satu anak?
Bulan    : Aik? Bila masa pulak kita ada hubungan ayah-anak ni Bintang?
Bintang : Aku pun tak tau la Bulan. Apa jawapannya Encik Awan?
Awan    : Bulan anak, Bintang ayah.
Bulan&Bintang   : Apsal?
Awan    : Bulan bin Tang. Heheh…
Bulan&Bintang   : ….……..

oh lelaki

       lelaki oh lelaki!!
:::::lelaki  yg baek dan selalu buat kita senang aty wujud ker??

:::::lelaki yg selalu senyum dlm menangani setiap situasi wujud ker??

:::::lelaki yg bersikap matang masih idop kerw atas muka bumi ne??

:::::lelaki yg baek sifat dan tutur katanya masih ada ke atas muka bumi Allah neyh??

:::::lelaki yg bertanggungjawab sebagai seorang anak.abang dan suami masih wujud ke??

:::::lelaki yg sentiasa di sisi org yg  org yg dia syg tgh sedih tuu wujud ker??

:::::lelaki yg selalu bersikap professional dan bersikap tenang dlm membuat keputusan ade ke x??

:::::lelaki yg tak cepat putus asa daqn melatah bila di timpa masalah ade ke tidak??

:::::lelaki yg masih mempunyai sifat lelaki melayu asli masih hidup ag ke atau da pupus??

:::::lelaki yg pikirkan perasaan pasangan dia bila dia nak buat sesuatu tuu masih ada x agak2nya??:
::::lelaki yg selalu menjaga haty pasangan dia agak agak kalo wujud bahagia x perempuan tuu??

answer::ade  lelaki mcm tu...cume jarang untuk kita jumpe...
wahai lelaki hargai la ibu,isteri dan anak anda....sesungguhnya perempuan sgt berharga....

Sunday, 19 June 2011

TOMYAM!TOMYAM!TOMYAM!

first time aini msk TOMYAM..kikiki...jadi jgak...hahah....boleh thn sedap..(perasan)hahahha
senang je nk msk TOMYAM bukan susah pun..:D
cili api,cube tomyam,ayam...udang...sotong....daun limau purut,serai,carrot and bunga kubis....

Saturday, 11 June 2011

BELAJAR MENGAWAL MARAH

Fokus pada masalah, bukan pada perasaan

Ketika seseorang sering mencari kesalahan terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, kita mungkin marah dan mula memfokus kepada emosi tersebut. Jika kita tidak mengutamakan soal penyelesaian masalah tersebut, kemarahan hanya akan membawa kepada masalah lain iaitu kita mula mencari dan mengungkit kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut.

Jangan mudah membuat kesimpulan. Siasat dan semak sebaik mungkin

Ketika seseorang memiliki tanggapan terhadap terhadap seseorang terutamanya persepsi negatif, penilaian menjadi tidak rasional. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang tersebut akan dianggap negatif. Oleh itu, perlu siasat dan teliti sebaik mungkin.

Bersabar

Reaksi marah yang tidak dikawal amat berbahaya kerana kesannya adalah situasi menjadi bertambah sukar.

Jangan terlalu mengharap

Kemarahan terjadi kerana kecewa akibat harapan yang tidak dipenuhi. Padahal ia merupakan sesuatu yang biasa kerana kita sering menetapkan standard yang terlalu tinggi.

Contohnya, jika anak anda masih melakukan kesalahan matematik walaupun sudah beberapa kali diterangkan kepadanya, jangan berteriak 'bodoh' atau memarahi dengan panggilan yang tidak elok. Cara itu hanya menyebabkan perasaan anak-anak terluka.

Jangan melibatkan sebab-sebab lain

Banyak kemarahan terjadi kerana sebab-sebab lain yang langsung tidak ada kaitan. Ini disebabkan kita menyimpan sesuatu emosi terhadap seseorang.

Alihkan kemarahan kepada perkara-perkara lain

Setiap daripada kita memiliki pola kemarahan yang pelbagai. Ada yang bertindak balas secara serta-merta dengan memaki hamun, menyergah atau berteriak, melempar barangan, menangis dan sebagainya. Sebenarnya pola tersebut boleh dialihkan kepada cara yang lebih terkawal dan tidak menimbulkan aib kepada diri sendiri dan orang yang dimarahi.

Menilai dengan bertanya kepada diri

Emosi kemarahan boleh mendatangkan penyakit fizikal. Oleh itu, kita perlu mencari kaedah untuk mengurangkan ketegangan emosi. Misalnya dengan memikirkan 'kenapa saya perlu memikirkan masalah yang kecil ini hinggakan mengganggu ketenangan saya?' atau 'saya ada hal lain yang lebih penting untuk diurus'; atau 'sudahlah, perkara sudah berlaku'.

Kita perlu bersikap relaks dalam menghadapi masalah yang silih berganti dan memancing emosi.

Melakukan aktiviti melepas tekanan


Emosi marah seseorang boleh dibendung jika ia rajin melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat melupakan permasalahan. Contohnya adalah dengan menyanyi, berteriak, memukul-mukul bantal, beryoga, bermeditasi dan sebagainya.

Belajar menyatakan emosi

Kita sering berfikir masih ada hari esok. Kita selalu menangguh dan selalu berfikir bahawa orang akan tahu perasaan kita. Mungkin esok bukan milik kita. Jadi, janganlah menangguh untuk menyatakan emosi atau perasaan yang terpendam kepada seseorang yang kita kasihi. Mengapa kita tidak melakukannya sekarang juga?

KAU YG BERNAMA CINTA

kau yang bernama cinta...dan kau yg memberi rasa.....
yeah..mlm ni aku nk jiwang sikit....sehari lg...genap setahun....SAAT YG KU TUNGGU-TUNGGU
akhirnya akan tiba....xsabar rasenya....bak kate org putih 'BOOK OF RECORD'...pecah rekod ni...hahahahah....
sepanjang perjalanan bersamamu kekasih...terlalu banyak memori indah terpahat di jiwa.....
terima kasih ku ucapkan sebagai tanda aku menyayangimu sayang...(jiwang plak mlm2 ni...kiki) akan ku perbetulkan segala silap ku
                  KAU BERIKAN AKU CINTA!KAU BERIKAN AKU SAYANG...........


                                                


13 jun 2010-13 jun 2011


Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh kau bisikkan dan hapus semua sesalku,Di setiap langkahku ku kan ,selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan,Hidupku tanpa cintamu

KAU!!

kenapa dlm dunia siber ni aku msti jumpa kau..mane aku pergi kau mesti ade....B0SAN!
entah kenapa..hati aku geram tgk kau....sakit betul mate aku bila trtgok gmb kau....
KAU....KAU...OH...KAU....
kenapa kau ade?
KENAPA?KENAPA?KENAPA?

Friday, 10 June 2011

ayah dan ibu!!

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai..
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati,Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat,Pada mereka kita beri hormat
Ahai...Bagilah tunjuk ajar dan

Nasihat,Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

50TIPS menangi hati lelaki

assalamualaikum pembuka bicara aini harini.....oke..harini aini nk kongsi tips menangi hati lelaki..kiki LELAKI OH LELAKI....untuk perempuan2 yg nk menangi hati lelaki tu....baca tips ni.....


1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
dah bace kan?s0 ape lg,try la....SELAMAT MENCUBA....hehhehe